top of page

Children Imagine Malaysia's Pre Historic Age


Winning entry (Category B) by Chong Han Hui, 10 years old (SJK (C) Bukit Beruang)



The annual ICOMOS Malaysia Children Art Competition held on 15 April was a success this year with 199 participants spending three hours working on their master pieces at Taman Bunga Merdeka, Melaka. The competition, themed 'Zaman Prasejarah Malaysia / Pre Historic Age in Malaysia' commenced at 8.30am, after a short explanation on the subject by our ICOMOS Malaysia member, archaeologist Shaiful Idzwan Shahidan.

Poster prepared by Pusat Penyelidikan Arkeologi Global & Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia as reference for the participants.


Participants were not allowed to refer to any materials prepared beforehand or digital images on their tablets or handphones. Zaharah Ramli, a professor at Faculty of Art & Design (UiTM) led the jury members; Pardan Moslem (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka), Roszainol Hashim (Kumpulan Pelukis Melaka), Ismail Che Din (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) and Shaiful Idzwan Shahidan (ICOMOS Malaysia). Entries were assessed based on their originality (20%), artistic merit (40%) and expression of the theme (40%). ICOMOS Malaysia's President, Ar. Dato' Hajeedar Abdul Majid, had the opportunity to deliver his thanks to all parties during the Award Ceremony. His speech in Malay language, which also presents a background of the competition, reads as follows:


1. Yang Berbahagia Datuk Wira Zainal bin Hussin (Datuk Bandar, MBMB)

2. Yang Berhormat Datuk Wira Roslan bin Ibrahim (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat tengahari dan salam sejahtera. Terlebih dahulu selaku Presiden ICOMOS Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih serta ucapan setinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) atas usaha serta persediaan istimewa bagi penganjuran Pertandingan Melukis Kanak-Kanak ICOMOS Malaysia 2018, yang bertempat di Taman Bunga Merdeka pada hari ini.


Untuk makluman Tuan-tuan dan Puan-puan, pertandingan melukis untuk kanak-kanak ini telah diusahakan oleh ICOMOS Malaysia dengan tujuan untuk memperkenalkan nilai-nilai murni warisan yang wujud di antara masyarakat majmuk kita yang berbilang kaum dan budaya, tentang warisan yang terdapat di Negara kita.


Category B participants (10-12 years old) preparing their drawing tools


Melalui pertandingan ini, kita berharap agar kanak-kanak akan berpeluang untuk didedahkan, serta menilai dan mengekalkan pemuliharaan warisan dan budaya kita yang kini sentiasa terancam oleh pengaruh-pengaruh negatif modenisasi. Satu strategi ialah mendedahkan nilai-nilai warisan kepada kanak-kanak diperingkat awal pendidikan mereka dengan berpandukan 'KALAU TAK KENAL, MAKA TAK CINTA'. Alhamdulillah, bersempena Hari Warisan Sedunia (World Heritage Day) yang ditetapkan oleh UNESCO pada 18 April tiap-tiap tahun, satu pertandingan telah dikenalkan pada tahun 2015. Untuk permulaan, pertandingan telah dianjurkan di Bandaraya Bersejarah Melaka dan Kuala Lumpur dan telah mendapat sokongan yang meyakinkan dengan penglibatan 60 peserta (28 di Melaka dan 32 di Kuala Lumpur). Pada tahun 2016, bandar bersejarah George Town di Pulau Pinang juga telah menganjur dan penyertaan meningkat kepada 155 peserta (40 di Melaka, 100 di Kuala Lumpur dan 15 di Pulau Pinang). Seterusnya pada 2017, 150 di Melaka 60 di Kuala Lumpur dan 23 di Pulau Pinang. Usaha-usaha ini telah mendapat sokongan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta sumbangan daripada syarikat-syarikat dan orang-orang persendirian. 4 tema telah dikenal pasti iaitu: - Warisan Kita - Makanan Warisan Malaysia - Permainan Tradisi - Zaman Prasejarah di Malaysia

1st Prize Winner for Category A, Liew Rui Yee, 9 years old (SJK (C) Chung Hua PD)



Namun pada tahun ini, Pertandingan Melukis Kanak-kanak ICOMOS Malaysia hanya dapat dianjurkan di Taman Bunga Merdeka dengan sokongan istimewa Kerajaan Negeri Melaka serta MBMB. Oleh itu, ICOMOS Malaysia sangat-sangat terhutang budi atas usaha-usaha yang telah ditunjukkan oleh semua ahli yang terlibat. Setakat semalam, 206 kanak-kanak telah mendaftar seperti berikut dalam Kategori A:110 peserta, Kateogori B: 96 peserta dan di antaranya 7 dari Port Dickson, 12 dari Seremban dan 3 dari Selangor. Saya juga telah difahamkan bahawa pagi ini kita telah mendapat pendaftaran peserta secara spontan. Berdasarkan kepada peningkatan jumlah perserta daripada 60 kepada 206 kanak-kanak ini, telah membuktikan bahawa kesedaran ke atas warisan dan sejarah kita oleh generasi ini telah meningkat.

1st Prize Winner of Category B, Chong Han Hui, 10 years old (SJK (C) Bukit Beruang)


ICOMOS Malaysia selaku sebuah persatuan NGO kini merancang beberapa program baru untuk memperhebatkan atas betapa mustahaknya masyarakat Malaysia perlu menghidupkan kesedaran nilai-nilai murni di dalam warisan kita demi mengekalkan dan memulihara tamadun semua kaum yang terdapat di seluruh Malaysia. Selain dari itu, usaha dan aktiviti juga dirancang dengan institusi pengajian tinggi seperti fakulti-fakulti senibina tempatan, supaya kesedaran ini berkekalan. Usaha juga dibuat untuk hubungan erat antara ahli-ahli ICOMOS di ASEAN dan antarabangsa. Syukur Alhamdulillah, Pertandingan Melukis Kanak-Kanak ICOMOS Malaysia telah berakhir dengan cemerlang pada hari ini dan kita dapat melihat hasil serta tahap kreativiti dan kejayaan semua peserta. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dalam kedua-dua kategori, dan kepada yang tidak berjaya kali ini, tahniah juga diucapkan di atas usaha mereka, dan mereka perlu cuba lagi. Hasil dari pertandingan yang lalu beberapa lukisan pemenang telah diterjemahkan oleh ICOMOS menjadi kad-kad ucapan. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas atas sokongan kerajaan Negeri Melaka dan MBMB dalam usaha menjayakan Pertandingan Melkus Kanak-Kanak ICOMOS Malaysia yang kali ke-4 ini di Bandar Bersejarah Melaka!


A group photo with all the winners of ICOMOS Malaysia Children Art Competition 2018


***

The competition was held in conjunction with World Heritage Day and Melaka's 15th Anniversary as a Historic City. Special thanks to our co-organizers, Melaka State Government & Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah; our official supporters, Pertubuhan Akitek Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global and Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. The competition was officially sponsored by Mamee Double Decker (M) Berhad, Mcdonald's and Restoran Melayu Melaka.


View the winning entries here View photos of the event here

bottom of page